Hidup Indah Kerana Islam...
"Sesiapa yang mentaati Allah dan RasulNYA serta takut dan bertaqwa kepadaNYA maka mereka adalah orang-orang yang mendapat kemenangan" -An-Nur 24: Ayat 52.
Tuesday, January 18, 2011
Saya sayang kat... Eh?

Assalamualaikum...
Permulaan tahun Baru Hijrah 1432 yang indah, moga kita semua lebih Taqarrub padaNYA..insyaALLAH amin.
Syukur, masih dalam nikmat Iman dan Islam walau berjuta-juta pasir dosa kita telah lakukan.
Astaghfirullahala'zim...
Muhasabah bersama hari ini, CINTA apa yang terpateri di hati kita?
Perkongsian dari Ust Abi...
CINTA YANG MEMBINASAKAN....
زُيِّنَ لِلنَّاسِ حُبُّ الشَّهَوَاتِ مِنَ النِّسَاءِ وَالْبَنِينَ وَالْقَنَاطِيرِ الْمُقَنطَرَةِ مِنَ الذَّهَبِ وَالْفِضَّةِ وَالْخَيْلِ الْمُسَوَّمَةِ
وَالْأَنْعَامِ وَالْحَرْثِ ۗ ذَٰلِكَ مَتَاعُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا ۖ وَاللَّـهُ عِندَهُ حُسْنُ الْمَآبِ
Dihiasi indah bagi manusia kecintaan terhadap perempuan dan anak-anak dan harta benda yang banyak dari emas dan perak, kuda-kuda pilihan, binatang ternakan dan sawah ladang. Yang demikian itu adalah kesenangan hidup dunia. Dan di sisi Allah sebaik-baik tempat kembali ( Ali Imran: 14-16 )
Kecenderungan nafsu yang membawa kepada cinta ini. Cinta yang merosakkan... yang membutakan mata hati....yang meleburkan iltizam ..yang mengendurkan semangat jihad...yang melunturkan keperibadian para daie.....
Dunia perjuangan jadi sempit...berat terasa untuk keluar berjihad meninggalkan anak isteri..akhirnya perjuangan hancur di tangan para daie sendiri.
Justeru ya abnaie...istiqamahlah dengan amal ruhi mu demi mentazkiyyah nafsu dari perangkap CINTA DUNIA yang membinasakan....
ABi
Coretan hati PUTERI ISLAM Labels: APA ERTI SAYA MENGANUT ISLAM?, muhasabah
Saturday, October 23, 2010
'Ibadurrahman-Hamba Yang Rahman
[ana post balik, untuk peringatan bersama]
Assalamualaikum W.B.T...
Sahabat-sahabat, ana cuba kongsikan sedkit bedah buku dari buku yang bagus ini. Minat membaca, untuk menjadi hamba yang berilmu. InsyaALLAH. Sama-sama hayati dan muhasabah. Ingin lebih lanjut, silalah cari bukunya. Sekian.
Sahabat-sahabat, ana cuba kongsikan sedkit bedah buku dari buku yang bagus ini. Minat membaca, untuk menjadi hamba yang berilmu. InsyaALLAH. Sama-sama hayati dan muhasabah. Ingin lebih lanjut, silalah cari bukunya. Sekian.
JOM sama-sama MENGEMBARA MENJADI HAMBA YANG SEBENARNYA...INSYAALLAH

CIRI-CIRI PERIBADI CEMERLANG IBADURRAHMAN
-Ciri Yang ALLAH Sebutkan 1500 Tahun dahulu oleh Dr. Yusuf Al-Qaradhawiy
(#SILA RUJUK PADA SURAH AL-FURQAN AYAT 63-77)
Pendahuluan:
Didalam ayat ini, ALLAH S.W.T telah berfirman dan menjelaskan kepada kita tentang sifat-sifat sebenar ‘Ibadurrahman atau hamba Yang Rahman untuk dijadikan teladan untuk diikuti dan dicontohi. Apakah dia‘Ibadurrahman? ‘Ibadurrahman adalah golongan hamba yang menghambakan diri mereka pada ALLAH semata-semata. Tetapi, terdapat juga golongan hamba yang lain seperti hamba syaitan, hamba taghut, wang dan sebagainya.
‘Ibadurrahman ini disandarkan kepada Zat ALLAH Yang Suci (Ar-Rahman) yang mengandungi pengertian, bahawa mereka adalah hamba-hamba yang layak untuk mendapat rahmat ALLAH dan mereka selalu berada dalam lingkungan rahmat ini dimana rahmat memagari mereka dari arah kanan, kiri, atas dan bawah.
Apakah kita juga ingin termasuk golongan ‘Ibadurrahman? Apakah kita ingin menyandarkan diri pada ALLAH? Adakah kita ingin menjadi salah seorang dari mereka? Jika kita menginginkan, maka ketahuilah sifat-sifat mereka sehingga kita terdorong untuk termasuk dalam golongan sebenar-benar hamba disisi ALLAH S.W.T Pemerintah Sekalian Alam. ALLAHUAKBAR!
Tetapi, hakikatnya ia bukan terletak pada ucapan dan pengakuan sahaja kerana berapa banyak manusia yang berkata: ‘Aku termasuk dalam ‘Ibadurrahman, tetapi perilakunya mengatakan:’Engkau ‘Ibadusy-syaitan, hamba syaitan bukan ‘IBADURRAHMAN! Na’uzubillahiminzalik…
Mari kita hayati dan muhasabah bersama…
TAFSIR SURAH AL-FURQAN AYAT 63-77 SECARA RINGKAS:
1. TAWADDUK
-Sifat yang pertama ini, adalah mereka berjalan dimuka bumi dalam keadaan rendah hati. Dengan ungkapan ini, dapat kita gambarkan cara berjalan dan sifat berjalan yang semuanya mempunyai nilai disisi ALLAH. Orang yang mukmin berjalan dengan tenang, rendah-hati penuh kewibawaan sebagai orang yang mengetahui mereka berasal dari tanah dan akan kembali ke tanah jua.
-Berjalan dengan rendah hati bukan bermakna kita membongkok-bongkokkan diri seperti orang sakit kerana Nabi S.A.W tidak berbuat begitu bahkan dengan cara sederhana, iaitu tidak terlalu cepat dan tidak terlalu lambat. Inilah cara berjalannya orang mukmin, yang mengandungi kekuatan tetapi tawaduk.
-Setiap orang, mukmin harus belajar sikap tawaduk,merendahkan diri di hadapan ALLAH, siapa yang merendahkan diri kepadaNYA, ALLAH akan meninggikannya dimana dia merasa hina dimatanya, tetapi mulia dimata manusia dan sebaliknya. Tawaduk nampak dalam cara berjalan, jika wanita muslimah, dia berjalan dengan malu-malu seperti puteri Nabi Syuaib a.s bertemu Nabi Musa a.s (Al-Qasas: 25) dan seperti penjelasan ALLAH tentang cara muslimah berjalan. ( An-Nur:31)
2. MURAH HATI
-Sifat yang kedua, ialah menerangkan keadaan kita semasa bergaul dengan orang yang jahil (bukan tiada ilmu tetapi orang yang buruk akhlaknya). Keadaan ‘Ibadurrahman yang mengucapkan kata yang baik berupa bebas dari perkataan dosa, celaan dan akibat yang kurang baik bererti salam sejahtera, dan tidak membalas dengan kata-kata tidak elok walaupun berkemampuan untuk membalas apabila orang jahil menyapa mereka (berkata kata-kata tidak elok pada kita) dan tidak marah kerana‘Ibadurrahman tidak marah melainkan marah kerana menegakkan hukum ALLAH, marah membela kebenaran akidah, syariat dan maruah umat bukan diri sendiri dan dunia.
-Seorang ‘Ibadurrahman tidak mempedulikan kata-kata kesat orang yang jahil dengan tidak membalasnya kerana jika dia melayannya, tentu dia tidak boleh istiqamah dalam kehidupannya, tidak tenang dan sibuk dan membuang masa dengan kebatilan. Sebaliknya dia lebih suka melapangkan dadanya dan berkata benar dan lidahnya tidak dibasahkan dengan gurauan tetapi dengan berzikir pada ALLAH, baca AQ, bertahmid dan sibuk dengan urusan yang lebih besar, sibuk dengan urusan agamanya, urusan umatnya (tidak sibuk membela dirinya).
-Anas Ibn Malik pernah ditanya tentang ayat ini, dia berkata:” Maksudnya,adalah seseorang yang apabila ada saudaranya mencaci dirinya, dia berkata:” Jika apa yang kau katakan ini benar, moga ALLAH mengampuni kesalahanku, jika dusta, moga ALLAH mengampuni kesalahanmu”. Dengan cara ini,api kemarahan akan padam.
3. MENDIRIKAN SOLAT MALAM
-Sifat yang ketiga, seterusnya, ketika manusia lain enak diselimuti mimpi atau berjaga malam sambil melakukan sesuatu menurut hawa nafsu, pada saat itulah mereka bersama RABB dengan bangun dan sujud padaNYA. Mereka berada diantara berdiri dan sujud, berdiri membaca kitab ALLAH, kalam ALLAH dan berlindung padaNYA dari api neraka. Mereka bukan mencari keredhaan manusia, tidak mencari nama, tetapi semata-mata kerana ALLAH iaitu berharap dan takut, ertinya mengharapkan pahala disisiNYA, dan takut akan seksa dariNYAmeskipun ada tempat tidur yang empuk dan lembut.
-Mereka jarang berada ditempat tidur, sedikit tidur dan diakhir malam mereka memohon ampunan diatas keterbasan amalan, mengingati mati dikala pelbagai ragam manusia yang berjaga malam tanpa apa-apa manfaat atau tidur nyenyak hingga pagi. Ada orang yang menganggap tidur yang terlalu lama itu merugikan kerana selepas jasad ditidurkan diliang lahad, dia akan menghadapi perjalanan yang lama dan abadi. Thawus pernah berkata: “Mengingati neraka jahannam boleh menghapuskan rasa mengantuk dari mata para ahli ibadah.”
-Tuntutan yang paling sederhana adalah dari dirimu ialah melaksanakan fardhu. Tetapi ALLAH menyifatkan ‘Ibadurrahman bahawa mereka orang-orang sujud dan solat kepada RABB tidak menyifatkan mereka sebagai orang yang hanya memelihara solat fardhu. Memang memelihara solat fardhu suatu tingkatan. Tetapi tingkatan amalan ‘Ibadurrahman adalah lebih tinggi lagi.
4. TAKUT NERAKA
-Sifat yang keempat, seterusnya, lalu apa yang mendorong mereka melakukan hal diatas? Tiada lain adalah takut dan berharap. Mereka takut kepada ALLAH, ingat kepada akhirat seakan kehidupan akhirat dan neraka terpampang dihadapan mereka, tidak lupa pada urusan mereka yang pertama, bahawa mereka dalam perjalanan kepada ALLAH. Meskipun mereka hidup, tetapi tidak kekal, mereka pasti mati dan menuju ke kampung abadi. Boleh ke syurga atau neraka.
-Setelah kematian, mereka akan dibangkitkan, kemudian dihisab, setelah itu, kita tidak tahu kita menerima kitab dari tangan kiri atau kanan?kemana hala tuju pun kita tidak tahu sama ada syurga atau neraka? Tetapi kenapa kita masih lebih banyak ketawa?Maka tidak hairanlah ‘Ibadurrahman disifatkan ALLAH seperti firmanNYA: “Wahai tuhan kami, sisihkanlah azab neraka Jahannam dari kami, sesungguhnya azab seksanya menggerikan.” Seolah-olah neraka Jahannam dihadapan mereka (Al-Furqan: 65). Wahai muslimin muslimat, takutlah api neraka ( At-Tahrim: 6).
5. SEDERHANA DALAM MEMBELANJAKAN HARTA
-Keadaan ‘Ibadurrahman tidak semestinya tidak berharta, dan ada kalanya dikalangan golongan kaya. Mereka bukan rahib atau pendeta,tetapi mereka diperintah tidak terbuai oleh harta kerana harta merupakan nikmat yang harus disyukuri dan juga merupakan pinjaman dari ALLAH, hanya diberi kepercayaan untuk menguruskan dan menjadi wakil ALLAH untuk mengembangkannya. Jadi, harta harus dibelanjakan pada kedudukan yang dibenarkan syariat, tidak kedekut dan tidak berlebihan kerana akhlak Islam adalah bersederhana dan jalan tengah. Rujuk firman ALLAH pada surah Israa’: 26-29)
6. BERTAUHID
-‘Ibadurrahman mempunyai tauhid yang hakiki dimana bagi mereka hanya ALLAH S.W.T tanpa mempersekutukannya dengan tandingan-tandingan lain. Dia tidak takut pada sesuatu, tidak berharap, tidak memohon pertolongan pun melainkan ALLAH S.W.T bahkan kematian pun tidak ditakutinya kerana dia tahu setelah kematian ada kehidupan disana begitu juga pada rezeki, kerana dia tahu dan ajal sudah ditentukan. Begitulah tauhid ‘Ibadurrahman yang menjadi sumber keamanan dan ketenteraman jiwa kerana tauhid adalah pembebasan jiwa, bukan ketundukan selain dari ALLAH.
-Tauhid yang hakiki membuatkan orang muslim menjadi peribadi yang kuat berdiri disisi kebenaran, membelanya, berjuang dengan jiwa dan hartanya kerana ALLAH S.W.T. Dengan cara ini kebangkitan akan terwujud , risalah Islam menjadi kuat dan ummat menjadi unggul.
7. MENJAUHI PEMBUNUHAN DAN MENGHORMATI KEHIDUPAN
-‘Ibadurrahman, mereka menyembah ALLAH semata-mata, menjaga tujuan utama risalah ALLAH kepada makhluknya, iaitu akidah atau iman atau tauhid. Risalah ini bukan sahaja untuk menjaga agama dan akidah semata-mata, tetapi juga menjaga darah dan jiwa, kehormatan dan kesucian, akal dan keturunan dan harta benda. Islam begitu menghormati jiwa manusia. Bahkan Islam tidak membenarkan memusnahkan hidup sendiri. Dirinya adalah milik ALLAH. Orang muslim tidak wajar terburu-buru melepaskan diri dari kesulitan dengan cara membunuh diri. Muslim dianjurkan untuk bersabar dan redha menghadapi ketetapanNYA dan berharap kepada ALLAH dibebaskan dari masalah itu (Yusuf:87) kerana tentu ada kemudahan menghadapi kesulitan.
8. MENJAUHI ZINA
-‘Ibadurrahman, mereka tidak berzina dan tidak melakukan dosa besar yang diharamkan ALLAH (Al-Israa: 32). Islam amat melarang setiap jejak yang menghubungkan atau mendekatkan kepada zina seperti berdua-duaan dengan yang bukan mahram dsb kerana Islam menjaga kehormatan dan keturunan dan bertindak membersihkan dari lingkungan kekejian agar pemuda pemudi Islam terjaga kehormatannya seperti firman ALLAH pada surah An-Nuur: 30-31. Kita juga diperintahkan agar menjaga kesucian diri dan menjauh dari hal-hal yang hina hingga ada kemampuan untuk berkahwin secara rasmi dan halal. Siapa yang menjaga kesuciannya, nescaya ALLAH akan menjaganya, dan siapa yang berusaha sabar, nescaya ALLAH akan menolongnya sabar. Hikmahnya, kerana hendak melindungi individu, keluarga dan masyarakat sehingga tercipta masyarakat yang suci dan bersih tanpa menjadi hamba nafsu shahwat .
9. TAUBAT NASUHA
-Tiada tertutupnya pintu taubat bagi hamba-hambaNYA yang melakukan dosa dan kemungkaran kerana itu merupakan rahmat ALLAH S.W.T bagi hamba-hambaNYA kerana ALLAH mengetahui kelemahan mereka yang sering dikuasai nafsu, syaitan, Maha Mengetahui hamba-hambaNYA yang diciptakan dengan penuh kelemahan. Allahlah yang menciptakan manusia dalam keadaan begitu kerana Dia ingin menerima taubat hambaNYA. Sepertimana asma’Nya, ALLAH Maha Penerima Taubat dan Maha Mengampuni dan Memaafkan.
-Apa itu taubat nasuha, sebenar-benar taubat?Nasuha bererti terepas dari kepura-puraan dan taubat nasuha tidak seperti taubat pendusta yang hanya dilidah, tapi hatinya masih ingin mengerjakannya. Ada rukun-rukunnya: 1)Penyesalan, sifat-sifat orang yang bertaubat seperti firman ALLAH dalam surah Taubah: 118. 2)Hasrat untuk tidak mengulangi. 3)Memutuskan secara langsung dengan dosa yang pernah dilakukan.
-Setiap muslim dituntut untuk bertaubat kerana siapa yang boleh mendakwa dirinya bebas dari dosa? Setiap orang pasti memiliki keterbatasan dalam memenuhi hak ALLAH dan hak orang lain kerana itu, kita harus sentiasa bertaubat memohon keampunanNYA nescaya DIA tidak menolak kehadiran kita dan tidak menangguhkannya atau berangan-angan kerana kematian akan datang begitu tiba-tiba sebab kebanyakan penghuni neraka ialah mereka yang berangan-angan dengan berkata,” Aku akan bertaubat dan…..”Padahal ucapannya termasuk golongan iblis. Jadi, ‘Ibadurrahman harus menjadi orang-orang yang bertaubat dan tunduk pada ALLAH S.W.T.
10. TIDAK BERSUMPAH PALSU DAN MENINGGALKAN PERBUATAN TIDAK BERMANFAAT
-Ibadurrahman, tidak mahu memberikan kesaksian palsu. Mereka adalah orang-orang yang memberikan kesaksian yang benar, meskipun kesaksian itu memberatkan dirinya, anak, keluarga atau kerabatnya. Hubungan yang jauh dan permusuhan dengan musuh tidak menghalanginya untuk memberikan kesaksian yang benar.(Al-Maa’idah: 8, Al-An’aam: 152). Jika diminta menjadi saksi, lalu mereka mengatakan menurut pengetahuannya tanpa sebarang penipuan dan tidak enggan untuk menjadi saksi (Al-Baqarah: 282).
-‘Ibadurrahman juga menghindarkan dirinya majlis yang diwarnai keburukan, agar dia tidak terkena bara api yang menimpa orang yang melakukannya dan keburukan lain (mengumpat dsb) yang memakan kebaikan. Jika kita duduk ditempat itu, kita sama mendorong orang melakukannya seperti firman ALLAH dalam surah An-Nisaa’ ayat 140 yang mengatakan individu itu sama seperti orang-orang kafir hanya kerana dia duduk bersama dan mendengarkan perkataan mereka yang menentang ayat-ayat ALLAH.
11. MENYELAMI AYAT-AYAT ALLAH
-Inilah sifat ‘Ibadurrahman yang menyatukan bersama ayat-ayat ALLAH, yang membuka hati, kata dan telinganya. Tidak menanggapi ayat-ayat itu layaknnya seperti orang buta dan tuli tapi mempunyai telinga yang mendengar, mata yang melihat dan hati yang memperhatikan. Al-Quran ini dapat menambah keimanan orang-orang mukmin (Al-Anfaal:2) dan menambahkan kekafiran orang kafir yang mendengarkannya (At-Taubah:124-125). Orang mukmin harus membuka hatinya dan mengoyak tabir kelalaian, syahwat dan takbur dari hatinya. Tabir-tabir inilah yang menghalang pemahaman Al-Quran. Al-Quran tidak cukup hanya dihafal, tetapi mestilah beramal dengan Al-Quran dan menjadikan Rasulullah S.A.W sebagai contoh tauladan dalam hal ini tanpa diabaikan pengamalan dan kandungannya diremehkan kerana Alllah akan menanyai kita tentang Al-Quran ini.
12. MEMOHON KEBAIKAN BAGI ISTERI DAN KELUARGA
-Golongan ‘Ibadurrahman sentiasa memanjatkan doa sebegini memohon kepada ALLAH agar dikurniakan keturunan yang menyenangkan hati, yang memenuhi hak ALLAH dan hak kedua-duaibu bapa. Melalui doa yang dipanjatkan, mereka ingin membuat kebaikan, memiliki kedudukan terhormat dalam masalah kebaikan dan mahu jadi teladan yang baik. Maka tidak ada salahnya orang mukmin memohon dijadikan pemimpin dalam kebaikan dan bagi orang-orang yang baik.
“SEMOGA KITA SAMA-SAMA USAHA DAN TERGOLONG DALAM GOLONGAN ‘IBADURRAHMAN"
AMIN
Wasalam,
"Kerana kita hidup bertuhan, Alhamdulillah"
Puteri Islam, UM
"Kerana kita hidup bertuhan, Alhamdulillah"
Puteri Islam, UM
Coretan hati PUTERI ISLAM Labels: APA ERTI SAYA MENGANUT ISLAM?
Hizbullah (golongan ALLAH)? Indahnya!

Assalamualaikum W.B.T...
Ana mulakan dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani... Syukur dengan nikmatNYA, biarpun betapa banyak khilaf hambaNYA, masih tetap dikurniakan nikmat yang terbesar, IMAN dan ISLAM...ana bersyukur ya ALLAH.
"Ya muqallibal qulub, tsabit qulubana a'la dinik wa'ala tha'atik"
Ya ALLAH tuhan yang Maha membolak-balikan hati manusia, tetapkanlah hati kami atas agamaMU dan ketaatan padaMU...
Izinkan ana berdoa dahulu ya sahabat-sahabat....
Alhamdulillah, kita masih hidup bertuhan. Ya ALLAH, Engkau masih panjangkan umur hamba hina ini, menghirup nikmat IMAN dan ISLAM lagi. Allahuakbar. Alhamdulillah, tarikh ana bersemangat menulis ini, ana dilahirkan. Apa erti tarikh lahir ya? Makin dekat dengan kematian ana rupanya. Dekat. Ana dah bersedia?
Ya ALLAH, sepanjang umur 22 tahun ini, apa yang dah ana korbankan untuk untuk ISLAM???
Fikir
Perlu difikirkan sentiasa. Perlu fikir, dimana kita disisi ISLAM? Adakah ISLAM perlukan kita? Adakah ISLAM jatuh bila kita tiada? Adakah ALLAH perlukan kita? Adakah ALLAH rugi bila kita tidak berkorban untuk ISLAM? Subhanallah. Sebaliknya, ALLAH akan gantikan dengan kaum yang lain!
Adakah ciri hizbullah pada kita? Ya ALLAH, ruginya, jika kita masih tidak kisah dimana kedudukan kita. Ada juga hamba ALLAH, tapi, dia hizbusyaitan. Dia mengaku sahaja hamba ALLAH, tetapi, perilakunya, seolah-olah tidak bertuhan! Na'uzubillahiminzalik!Firman ALLAH S.W.T:
"Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa diantara kamu berpaling tadah dari ugamaNYA, maka ALLAH akan mendatangkan suatu kaum yang Dia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan DIA; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas kepada orang-orang yang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan ALLAH, dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia ALLAH Maha Luas limpah kurniaNYA, lagi meliputi pengetahuanNYA".
"Sesungguhnya, penolong kami adalah ALLAH, dan RasulNYA, serta orang-orang yang beriman, yang mendirikan solat, menunaikan zakat, sedang mereka rukuk (tunduk menjunjung perintah ALLAH)".
"dan sesiapa mereka yang menjadikan ALLAH dan RasulNYA serta orang-orang yang beriman itu PENOLONGNYA (maka berjayalah dia), kerana sesungguhnya golongan (yang berpegang teguh kepada ugama) ALLAH, itulah yang tetap MENANG".
Ayat 54-54: Al-Maidah
Dari bangun tidur hingga kita melangkah ke tempat tidur, apa yang kita sudah buat untuk ISLAM hari ini ya? Buat apa? Kita dimana sebenarnya. Dimana?HizbuLLAH (golongan ALLAH) atau golongan yang sebaliknya?
Kita digolongan mana sebenarnya? Kita ini, apa matlamatnya? Hidup untuk apa?
Tidak perlukan ISLAM, habis tu, apa yang engkau perlukan? Apa jaminanmu selamat diakhirat nanti?
Fikir.
Bersawang
Blog ini, bukanlah sebagai diari. Ana tidak pernah menulis diari, Tidak perlu bagi diri ini. Alhamdulillah, sahabat memberi semangat. Hakikatnya, ana ingin menulis sesuatu untuk agama yang ana banggakan sangat ini. Ana bangga menjadi muslimah, mukminah...insyaALLAH. Terima kasih ya ALLAH. Sayangnya....tidak sabar untk bertemu.
Hakikatnya, kematian itu indah bukan? Jangan takut. Bukanlah pengakhiran hidup kita, tapi, permulaan hidup menujuNYA. Permulaan untuk bertemuNYA. Indah bukan ISLAM ini? Kita ditarbiyah untuk tidak takut mati. Sebaliknya, ditarbiyah untuk INGAT mati dan BERSEDIA menghadapinya, dan....itulah orang yang paling bijaksana. Syukran ya Rasulullah S.A.W, moga kami dapat bertemu juga, insyaALLAH...
Ya ALLAH, jangan tinggalkan ana berseorangan. Ana perlukanMU ya ALLAH. Cukuplah Engkau bagiku. Alhamdulillah, sekali lagi, ana dan kita hidup bertuhan. Suka ana mengulanginya ^^,
Gembira. Syukran Ya ALLAH.
Jom berzikir sebentar, Subhanallah, Alhamdulilah, Allahuakbar, La haula wa la Quwwata illah billahil A'zim.
Sekarang
Fikir, sepanjang umur kita ini, apa sudah kita korbankan untuk agama ALLAH yang mulia ini? Post-mortem balik, kita mahu di golongan mana sebenarnya.
Wasalam,
"Kerana kita hidup bertuhan, Alhamdulillah"
Puteri Islam, UM
Coretan hati PUTERI ISLAM Labels: APA ERTI SAYA MENGANUT ISLAM?, muhasabah
Tuesday, August 10, 2010
Alhamdulillah, kita berpeluang...
ASSALAMUALAIKUM W.B.T
SALAM PERJUANGAN
SELAMAT MENGHADAPI BULAN RAMADHAN YA SAHABAT-SAHABAT YANG
DIMULIAKAN ALLAH S.W.T SEMUA
^^,
Alhamdulillah, ALLAH bagi peluang pada kita untuk menghirup oksigen di 1 RAMADHAN ni. Alhamdulillah.
MOGA RAMADHAN YANG MUNGKIN TERAKHIR UNTUK KITA INI DIREBUT SEHABIS
MUNGKIN KEMULIAANNYA...
INSYAALLAH...
MUDAHAN-MUDAHAN KITA BERAKHIR DENGAN MENJADI HAMBA YANG BERTAQWA BILA DIBERI PELUANG MENGHARUNGI BULAN TARBIYAH NI.
AMIN


Coretan hati PUTERI ISLAM Labels: TARBIYAH jiwa
Friday, July 23, 2010

Ingat ALLAH sentiasa....
|
Coretan hati PUTERI ISLAM Labels: APA ERTI SAYA MENGANUT ISLAM?, muhasabah,TAZKIRAH
Friday, June 25, 2010
Jangan menangis sayang...
Gambar anak saudara saya, Amir Faisal...jangan menangis sayang:) (dibelakangnya, abangnya, Ammar firdaus). Saya xtahulah budak ni nangis sebab apa...:p
Assalamualaikum W.B.T...
Jangan sedih sayang...
Kenapa jangan sedih? Tidak boleh ke? Salah ke menangis? Lelaki tidak boleh menangis, milik perempuan sahaja? Kenapa kita menangis?
Untie baik...
Hari ini, Alhamdulillah, ALLAH ketemukan saya dengan seorang Untie (she's indian) yang saya tidak tahu. Tidak sempat bertanya namanya. Mulanya, dalam kembara saya menuju department of parasitology, faculty of medicine, um (untuk meneruskan perjuangan project saya:p ), terlihat seorang Untie ni, terhencot-hencot/ moves slowly menuruni tangga. Aduhai, terdetik dihati, untie ni ok ke? Saya amat gemar (InsyaALLAH bila jiwa ok.hoho) tegur mak cik or pak cik xkisahlah muslim or non-muslim bila jumpa di PPUM or fakulti saya :) .For non-muslim, it's a dakwah right? :) Let's do it for the sake of ISLAM. OUR GREAT RELIGION. OUR LIFESTYLE. OUR SOUL.
Saya segera kearahnya, " Are you ok? Do you need my help?...
Untie: ok. Saya sakit perut (sambil tunjuk perut dia). Sudah lama ni....(dia mengeleng-geleng sambil tersenyum). Seronok saya :)

Saya hanya melihatnya, dalam hati, Alhamdulillah dia ok. Tiba-tiba dia terus sharing something...(jarak agak jauh dalam 3 anak tangga, kurang jelas pula.huhu). Bila saya dengar dengan teliti, rupanya untie menceritakan sesuatu yang menyentuh hati saya...dia kata tentang anak-anaknya dan hubungannya sebagai mak. Dalam dia bercerita, dia menangis! MasyaALLAH, saya lemah betul bila orang menangis, terasa nak menangis sama even xpasti sebab apa.hu~
Dia menceritakan tentang anak-anaknya yang mostly staffs di UM.(hebat anak dia.berjaya semuanya). Sambil air-mata bercucuran, dia ada berkata, anak dia kata kat dia" apa yang mak buat???" (apa yang saya faham, untie ni bersusah-payah membesarkan anak-anaknya, berkerja siang-malam, tapi anak mempertikaikan apa yang mak buat!Astaghfirullahal'azim...).
Saya mendekatinya. Sambil mengusap-usap tangannya yang terpaut dibirai tangga," Untie, sabar ya."(aduh, saya nak menangis sudah)
Untie: "Adik baik, sebelum ni xde orang yang tegur saya (begitulah katanya lebih kurang). Terharu. "Saya orang sembahyang. Saya percaya kepada 'al lah' (dia sebut macam dia sebut ALLAH pelat non-muslim. Wallahua'alam. gembira saya:). Tapi xsempat tanya dia agama apa. xpelah, saya layan sahaja hamba ALLAH ini dengan gembira^^,)
Apa yang saya faham dari cerita Untie yang friendly ni, anak-anak dia macam mempertikaikan dia kerana kesilapan/ cara kerja ibu mereka, sedangkan ibu mereka susah-payah membesarkan mereka...
Untie: "Tapi, saya percaya tuhan pasti ampunkan dosa-dosa saya."
Saya: "Betul Untie, Tuhan pasti ampunkan dosa-dosa kita. Apa yang penting lepas buat salah, kita insaf dan kembali ke pangkal jalan (skema ayat saya. ntah, itu yang terpacul :). Sabar ya Untie..."(sambil tersenyum kat Untie yang turut tersenyum^^,)
Untie: "Maruah perempuan kena jaga. Adik belajar pandai-pandai. Tak kesah jadi doktor, lawyer atau apa-apa pun, tapi hati mesti baik. Hati mahu baik. Hati adik baik. Kita dapat jumpa. Anak yang baik datang dari ibu-bapa yang baik. OK adik, kita jumpa lagi ya". Pesan dia pada saya...Saya: "Oklah Untie, jumpa lagi. Untie ok x,nak saya tolong? Bleh x ni? Untie pergi klinik ya.
MasyaALLAH, Alhamdulillah, hati xterucap kata-kata. Hanya rasa bersyukur ALLAH bagi nasihat melalui Untie yang berhati mulia itu. Hu~
Agak-agaknya, apa lesson yang sahabat-sahabat dapat? Setiap apa yang ditakdirkanNYA, ada SEJUTA hikmah yang kita kena fikir. InsyaALLAH dapat merasai hikmahnya atau jika belum, dimasa akan datang, kita diberi peluang merasainya diwaktu yang terbaik. The basic is what? Yup, always put trust in ALLAH ^^,!
Pada saya, masyaALLAH, syukur. Allah bagi peringatan untuk jaga hati (hati saya yang sangat kering, iman terasa down selalu), jaga hati mak ayah, sentiasa bertaubat bila buat kesilapan dan hakikat hidup kita sebagai seorang MUSLIM dan MUKMIN, sering diuji, kenapa diuji? Ya, tanda DIA sayang dan ingin mengingatkan kita, yang sering tersasar dan terluka dipanah bisa hasutan syaitan. Anda baca penuh tentang ujian ALLAH. Disini...
Ya, kita lemah, hina, naif. Sudah lupakah? Kita tak mampu buat apa-apa...apa-apa? Ya. Tapi, macam-amacm diberiNYA. ALLAHUAKBAR. Tak terhitung nikmatNYA. Kita hanya nampak kesusahan sedikit (hanya istilah manusia, keburukan dinampak sebagai susah! Sedangkan keburukan dan keelokkan sesuatu perkara adalah ujianNYA!) yang berupa ujianNYA sedangkan itulah orang beriman yang pasti diuji keimanannya. Tapi kenapa kita selalu mengeluh? Merungut, mengapa diujilah, kenapa orang lain xkena lah, kenapa aku je, kenapa dan kenapa tanpa full stop mungkin. Na'uzubillahiminzalik.
Redha dan syukur selalu. Ini jawapannya. Terima kasih Untie. Terima kasih ya ALLAH.
Syukur kan? Alhamdulillah...
ANDA PULA....?
p/s:maaf atas salah silap, harap ditegur. Penulisan berdasarkan apa yang difahami dan 'dibaca'. Syukran jazylan.
Coretan hati PUTERI ISLAM Labels: ALHAMDULILLAH :), APA ERTI SAYA MENGANUT ISLAM?, DAKWAH, muhasabah
Monday, June 14, 2010
MARI DEMONSTRASI HARI-HARI-ust Pahrol Juoi
Sekadar melihat dari sudut yang berbeza. Bukan sengaja atau saja-saja untuk mencipta kelainan, tetapi sedar bahawa setiap kita ada titik buta (blind spot) masing-masing.
Dan perbezaan bukan semestinya satu pertentangan, ia hanya satu fitrah – manusia sentiasa unik. Ya, dari dimensi inilah saya melihat demonstrasi anti-Yahudi yang begitu marak sekarang.
Sejak sama-sama solat hajat di surau untuk ahli kariah kami yang turut berada di atas kapal misi bantuan yang diserang Israel itu, saya terus berfikir. Rasa marah, kecewa tetapi terus mengharap silih berganti dalam diri, yang saya pasti turut dirasai oleh kita bersama.
Palestin bukan soal ‘mereka’ tetapi soal ‘kita’. Dan hasil berfikir itu saya tumpahkan dalam sebuah artikel yang sengaja saya imiginasikan dalam bentuk dialog. Ikutilah dialog yang saya nukilkan selepas Subuh pagi tadi :
MARI KITA DEMONSTRASI HARI-HARI!
Setelah pulang daripada demonstrasi anti-Yahudi, seorang Pak Cik berbual dengan saya sewaktu sama-sama menunggu giliran mendapat rawatan di sebuah klinik.
“Puas hati. Kami dah bakar bendera Israel. Hancur luluh dibuatnya. Gambar PM Israel pun banyak yang kami robek-robekkan. Kalaulah tidak mengenangkan undang-undang, kami dah bakar kedutaan Amerika. Tapi kami masih rasional.”
Saya mengangguk-angguk kepala sahaja.
“Puas hati. Kami dah bakar bendera Israel. Hancur luluh dibuatnya. Gambar PM Israel pun banyak yang kami robek-robekkan. Kalaulah tidak mengenangkan undang-undang, kami dah bakar kedutaan Amerika. Tapi kami masih rasional.”
Saya mengangguk-angguk kepala sahaja.
“Tel Aviv akan bergegar minggu ini dengan demonstrasi oleh seluruh dunia Islam. Dijangka banyak lagi siri demonstrasi akan diatur minggu hadapan. Awak jangan lepas peluang.”
Saya mengangguk kepala. Mungkin kerana demam, saya banyak diam. Lagipun saya telah berjanji pada diri, dalam berinteraksi perlu menjadi pendengar.
“Eh, awak tidak ada respons langsung. Baru demam sikit… janganlah begitu. Rakyat Palestin dibom, ditembak dan disekat bekalan makanan dan keperluan. Itu lagi teruk.”
Saya mengangguk kepala. Mungkin kerana demam, saya banyak diam. Lagipun saya telah berjanji pada diri, dalam berinteraksi perlu menjadi pendengar.
“Eh, awak tidak ada respons langsung. Baru demam sikit… janganlah begitu. Rakyat Palestin dibom, ditembak dan disekat bekalan makanan dan keperluan. Itu lagi teruk.”
Kali ini saya senyum. Saya bersuara perlahan, “saya sokong tindakan Pak Cik dan demonstrasi menyatakan pendirian kita menentang kekejaman Yahudi.”
“Bagus. Suara saya serak melaungkan takbir semalam. Dada ni sakit-sakit sejak akhir ni.”
“Kenapa Pak Cik?”
“Rokok dik. Semuanya fasal rokok ni.”
“Pak Cik hisap rokok apa?” saya mula teruja untuk berbual.
“Masih Winston. Dah sebati sejak dulu.”
“Winston from America?” bisik saya perlahan.
Kali ini Pak Cik tu pula mengangguk-angguk.
“Bagus. Suara saya serak melaungkan takbir semalam. Dada ni sakit-sakit sejak akhir ni.”
“Kenapa Pak Cik?”
“Rokok dik. Semuanya fasal rokok ni.”
“Pak Cik hisap rokok apa?” saya mula teruja untuk berbual.
“Masih Winston. Dah sebati sejak dulu.”
“Winston from America?” bisik saya perlahan.
Kali ini Pak Cik tu pula mengangguk-angguk.
“Sakit-sakit Pak cik pun masih kuat berdemonstrasi. Apa pandangan adik tentang demonstrasi ini?” kilasnya mengalih arah perbualan.
“Ada langkah yang lebih utama dan pertama daripada itu,” tegas saya.
“Apa dia?”
“Solat Subuh berjemaah.”
“Ada langkah yang lebih utama dan pertama daripada itu,” tegas saya.
“Apa dia?”
“Solat Subuh berjemaah.”
“Kita cakap bab jihad, awak bercakap bab ibadat.” Muka pak Cik itu mula memerah. Tangannya mula digenggam.
“Jihad dan ibadat tidak terpisah. Bahkan ibadat itulah yang akan membangunkan roh jihad yang sejati.”
“Kita mesti sanggup memikul senjata.”
“Betul. Tetapi kuakkan dulu selimut menutup umat yang masih tidur menjelang Subuh.”
“Saya tak faham.”
“Jihad dan ibadat tidak terpisah. Bahkan ibadat itulah yang akan membangunkan roh jihad yang sejati.”
“Kita mesti sanggup memikul senjata.”
“Betul. Tetapi kuakkan dulu selimut menutup umat yang masih tidur menjelang Subuh.”
“Saya tak faham.”
“Pak Cik, Israel mesti ditentang menurut kaedah yang menyakitkan mereka.”
“Apa yang menyakitkan mereka?”
“Mereka bimbang sekiranya bilangan orang Islam yang solat subuh berjemaah sama dengan bilangan orang Islam yang solat Jumaat! Ini diakui oleh cerdik pandai mereka sendiri.”
“Jadi?”
“Sebaik-baik ‘demonstrasi’ ialah didik umat ini bersolat Subuh secara berjemaah di surau-surau dan masjid. Solat itu hubungan kita dengan Allah. Jangan harap musuh akan kalah, kalau Allah tidak bantu kita. Lihat di Badar, lihat di Khandak, bagaimana Rasulullah saw dan sahabat akrab dengan Allah. Lihat pula Salehuddin, lihat pula Muhammad al Fateh, bagaimana teguhnya mereka menjaga solat dan ibadat-ibadat khusus yang lain.”
Hampir terlupa saya pada janji diri untuk lebih mendengar. Saya menarik nafas panjang. Kembali merenung Pak Cuik tersebut dengan senyuman.
“Apa yang menyakitkan mereka?”
“Mereka bimbang sekiranya bilangan orang Islam yang solat subuh berjemaah sama dengan bilangan orang Islam yang solat Jumaat! Ini diakui oleh cerdik pandai mereka sendiri.”
“Jadi?”
“Sebaik-baik ‘demonstrasi’ ialah didik umat ini bersolat Subuh secara berjemaah di surau-surau dan masjid. Solat itu hubungan kita dengan Allah. Jangan harap musuh akan kalah, kalau Allah tidak bantu kita. Lihat di Badar, lihat di Khandak, bagaimana Rasulullah saw dan sahabat akrab dengan Allah. Lihat pula Salehuddin, lihat pula Muhammad al Fateh, bagaimana teguhnya mereka menjaga solat dan ibadat-ibadat khusus yang lain.”
Hampir terlupa saya pada janji diri untuk lebih mendengar. Saya menarik nafas panjang. Kembali merenung Pak Cuik tersebut dengan senyuman.
“Awak rasa bakar bendera Israel tak perlu? Mana kemarahan awak?”
“Bakar bendera Israel boleh saja. Ayuh, bakarlah. Tetapi jangan membakar rokok Amerika dan sekutu Yahudi yang lain lebih perlu. Cukup kalau sebulan sahaja umat Islam berhenti merokok, mungkin jumlahnya sudah berjuta-juta ringgit. Dan wang yang terkumpul itu hantarkan ke misi bantuan kemanusiaan ke Gaza!”
“Awak sindir saya?”
“Bakar bendera Israel boleh saja. Ayuh, bakarlah. Tetapi jangan membakar rokok Amerika dan sekutu Yahudi yang lain lebih perlu. Cukup kalau sebulan sahaja umat Islam berhenti merokok, mungkin jumlahnya sudah berjuta-juta ringgit. Dan wang yang terkumpul itu hantarkan ke misi bantuan kemanusiaan ke Gaza!”
“Awak sindir saya?”
“Pak Cik saya tidak menyindir. Kebanyakan umat Islam, termasuk saya, hanya bencikan Yahudi pada mulut sahaja tetapi pada tindakan tidak.”
“Saya dah bertindak. Saya dah demonstrasi!”
Lagi-lagi ke situ fikirnya.
“Pak Cik dalam Al Quran, Allah tegaskan orang Yahudi itu tidak akan redha selagi kita umat Islam tidak mengikut cara hidup mereka.”
“Siapa kata kita ikut cara hidup mereka?”
“Saya dah bertindak. Saya dah demonstrasi!”
Lagi-lagi ke situ fikirnya.
“Pak Cik dalam Al Quran, Allah tegaskan orang Yahudi itu tidak akan redha selagi kita umat Islam tidak mengikut cara hidup mereka.”
“Siapa kata kita ikut cara hidup mereka?”
“Pak Cik, lihat betul-betul. Apakah masyarakat kita telah bangunkan cara hidup Islam?”
“Kita orang Islam. Cara hidup kita mesti Islam.”
“Tidak Pak Cik. Ramai umat Islam yang tidak amalkan cara hidup cara Islam.”
“Contoh?”
“Dedah aurat, pergaulan bebas, riba, judi, arak, tinggal solat, budaya hedonisme dan dualisme masih berakar umbi dalam masyarakat kita. Lihat sahaja unsur tahyul, mistik, seks bebas dan gosip yang mendominasi media-media umat Islam. Tidak ikut cara hidup Islam bererti terperangkap dengan cara hidup isme kapitalis, sosialis mahupun liberalis.”
“Kita orang Islam. Cara hidup kita mesti Islam.”
“Tidak Pak Cik. Ramai umat Islam yang tidak amalkan cara hidup cara Islam.”
“Contoh?”
“Dedah aurat, pergaulan bebas, riba, judi, arak, tinggal solat, budaya hedonisme dan dualisme masih berakar umbi dalam masyarakat kita. Lihat sahaja unsur tahyul, mistik, seks bebas dan gosip yang mendominasi media-media umat Islam. Tidak ikut cara hidup Islam bererti terperangkap dengan cara hidup isme kapitalis, sosialis mahupun liberalis.”
Pak Cik itu terkejut sedikit, lantas menyampuk, “mana Yahudinya. Awak kata Yahudi, tapi yang awak sebut golongan hedonis, liberalis, kapitalis dan sosialis?”
“Ketiga-tiga isme itu sama.”
“Sama?”
“Kesemuanya dicipta oleh golongan yang sama… ZionisYahudi!”
“Jadi demonstrasi ini tidak berfaedah?”
“Ketiga-tiga isme itu sama.”
“Sama?”
“Kesemuanya dicipta oleh golongan yang sama… ZionisYahudi!”
“Jadi demonstrasi ini tidak berfaedah?”
Saya menggeleng-gelengkan kepala perlahan.
“Ada faedahnya. Tetapi ia bermusim dan agak bersifat agak artifisial. Kita perlu agenda yang konsisten dan ‘genuine’.”
“Misalnya?”
“Ajak orang Islam serius solat lima waktu dengan penghayatannya sehingga dengan solat itu mampu meninggalkan kejahatan dan kemungkaran.”
“Lagi?”
“Tinggalkan riba, judi, arak dalam kehidupan umat Islam. Wanita Islam didakwah dan ditarbiah secara berhikmah untuk menutup aurat dalam ertikkata sebenar dan tinggalkan pergaulan bebas!”
“lagi?”
“Ada faedahnya. Tetapi ia bermusim dan agak bersifat agak artifisial. Kita perlu agenda yang konsisten dan ‘genuine’.”
“Misalnya?”
“Ajak orang Islam serius solat lima waktu dengan penghayatannya sehingga dengan solat itu mampu meninggalkan kejahatan dan kemungkaran.”
“Lagi?”
“Tinggalkan riba, judi, arak dalam kehidupan umat Islam. Wanita Islam didakwah dan ditarbiah secara berhikmah untuk menutup aurat dalam ertikkata sebenar dan tinggalkan pergaulan bebas!”
“lagi?”
“Pak Cik, cara hidup Islam itu terlalu banyak. Dengan mengamalkannya satu persatu kita boleh ‘berdemonstrasi hari-hari’ terhadap atas Yahudi. Bila kita boikot cara hidup berseronok-seronok yakni hedonisme, ertinya kita boikot cara hidup Yahudi yang disalurkan melalui dalang-dalang mereka di Holywood.”
“Idola Amerika?”
“Ya. Juga idola kita yang meniru persis mereka. Bangsa yang leka berhibur akan mudah dijajah.”
“Idola Amerika?”
“Ya. Juga idola kita yang meniru persis mereka. Bangsa yang leka berhibur akan mudah dijajah.”
Pak Cik itu batuk-batuk.
Saya urut belakangnya.
“Dah lama Pak Cik batuk? Berhentilah atau kurangkan perlahan-lahan ya Pak Cik?” kata saya seakan-akan merayu.
“Semangat Pak Cik kuat, saya doakan Pak Cik berjaya. Amin.”
“Tak terfikir pula saya begitu jauh kita dibius oleh cara hidup musuh yang kita benci.”
“Kadang-kadang musuh ketawa melihat kemarahan kita. Bangunkan remaja kita untuk solat subuh berjemaah, Yahudi akan sakit hati. Tutup aurat remaja perempuan kita, Yahudi akan sakit hati. Tinggalkan riba, judi, arak, pergaulan bebas, insya-Allah, Yahudi akan gigit jari.”
Saya urut belakangnya.
“Dah lama Pak Cik batuk? Berhentilah atau kurangkan perlahan-lahan ya Pak Cik?” kata saya seakan-akan merayu.
“Semangat Pak Cik kuat, saya doakan Pak Cik berjaya. Amin.”
“Tak terfikir pula saya begitu jauh kita dibius oleh cara hidup musuh yang kita benci.”
“Kadang-kadang musuh ketawa melihat kemarahan kita. Bangunkan remaja kita untuk solat subuh berjemaah, Yahudi akan sakit hati. Tutup aurat remaja perempuan kita, Yahudi akan sakit hati. Tinggalkan riba, judi, arak, pergaulan bebas, insya-Allah, Yahudi akan gigit jari.”
“Tetapi kalau cara hidup kita mengikut telunjuk jari mereka, Zionis akan ketawa sekalipun berlambak-lambak bendera mereka kita dibakar. Jeritan Allah hu Akbar dalam demonstrasi itu baik, bersemangat tetapi ucapan takbir dalam solat lima waktu lebih besar maknanya. Apakah Allah akan nilai laungan Allah hu Akbar daripada umat yang tidak solat? “
“Eh, kami yang demonstrasi semua solat…”
“Bukan itu maksud saya. Tetapi seluruh umat Islam ini. Saya risau kerana ada kajian menunjukkan 80% umat Islam sudah tidak solat. Itu yang tidak solat langsung. Bayangkan pula yang solat tanpa ilmu, tanpa penghayatan dan tanpa khusyuk? Jadi berapa kerat umat ini yang benar-benar kompeten menghadapi Zionis dalam erti kata sebenar?”
“Bukan itu maksud saya. Tetapi seluruh umat Islam ini. Saya risau kerana ada kajian menunjukkan 80% umat Islam sudah tidak solat. Itu yang tidak solat langsung. Bayangkan pula yang solat tanpa ilmu, tanpa penghayatan dan tanpa khusyuk? Jadi berapa kerat umat ini yang benar-benar kompeten menghadapi Zionis dalam erti kata sebenar?”
Giliran Pak Cik itu tiba. Dia melangkah perlahan menuju bilik rawatan. Ditinggalkan sendirian begitu, saya lontarkan pandangan ke luar klinik. Terus merenung dan berfikir. Masih terbayang wajah pemimpin-pemimpin dan para pengikut yang ramai dalam demonstrasi seperti yang dipaparkan di dada akhbar dan di kaca televisyen. Alangkah indahnya jika demonstrasi dibuat seusai solat Subuh berjemaah dan sebelum itu didahului oleh qiamulail dan qunut nazilah?
Dan kemudian setelah selesai berdemonstrasi, para pemimpin dan ribuan pengikutnya itu terus sahaja mengamalkan cara hidup Islam dalam diri, keluarga, jabatan, unit, organisasi, masyarakat dan bahagian masing-masing. Bukan hari itu sahaja… tetapi hari-hari. Setiap hari!
Ah, bagaimana umat ini hendak disedarkan bahawa mengamalkan cara hidup Islam itulah cara penentangan yang paling dibenci oleh Yahudi? Firman Allah:
“Sekali-kali tidak redha orang Yahudi dan Nasrani sehingga kamu mengikut millah (cara hidup) mereka.”
Dan alangkah baiknya jika jeritan Allah hu Akbar, dibuktikan dengan penegakan hukum Allah dalam seluruh sistem kehidupan sekali gus ‘mengecilkan’ pandangan akal sendiri dalam menyusun dan mengatur kehidupan ini?
“Sekali-kali tidak redha orang Yahudi dan Nasrani sehingga kamu mengikut millah (cara hidup) mereka.”
Dan alangkah baiknya jika jeritan Allah hu Akbar, dibuktikan dengan penegakan hukum Allah dalam seluruh sistem kehidupan sekali gus ‘mengecilkan’ pandangan akal sendiri dalam menyusun dan mengatur kehidupan ini?
Coretan hati PUTERI ISLAM Labels: APA ERTI SAYA MENGANUT ISLAM?, muhasabah
No comments:
Post a Comment