Thursday, February 24, 2011

remaja zaman

Bagi mereka yg sedang hanyut dek keseronokan bercouple, pastinya mereka akan bertegas mempertahankan apa yg mereka lakukan, dgn memberi alasan semudah: Kami tidak berzina!  ad nom plak .. haha kami tidak berzina ! Maaf, saya tak tuduh awak berzina, tapi awak menghampiri zina. Kami hanya barbual-bual, berbincang, bertanya khabar, minum-minum di kafe. Adakah itu menghampiri zina xyah kisah la sal nom tuh ! ugh  Ya, perbuatan begitu juga boleh menjerumuskan pelakunya ke lembah penzinaan! Kami dpt mengawal perasaan dan kami tidak berniat ke arah itu. Hari ini ya. Esok lusa siapa tahu? Mungkin kamu akan kecundang. Iblis akan memerangkap kamu. Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya sgt halus. Ia telah menipu moyang kita yg pertama, Adam dan Hawa Iblis amat licik. Ingatlah pesanan Rasulullah SAW (yg bermaksud) Janganlah engkau bersendirian dengan seorang wanita kecuali yang ketiganya, syaitan (Tabrani). Kita manusia seringkali lemah menghadapi tipu daya Iblis. Tidak semestinya semua org bercinta menjurus kpd penzina Ada yg bercinta dalam telefon dan hantar SMS sahaja. Tidak semestinya semua org bercinta menjurus kpd penzinaan. Ada yg bercinta dalam telefon dan hantar SMS sahaja. Tidak pernah bersua muka pun!  Betul. Tapi itu adalah salah satu yg dimaksudkan dgn menghampiri zina. Mmg pada awalnya tidak bersua muka. Tapi perasaan pasti bergelora, lambat-laun desakan nafsu dan perasaan serta hasutan Iblis akan mengheret kpd suatu pertemuan.  Dan pertemuan pertama itu tidak akan terhenti di situ shj. Percayalah, ia akan berlanjutan. Tidakkah itu boleh membawa kpd penzinaan akhirnya? Takkan nak berbual-bual pun tak boleh? Itupun zina ke?  Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya. Ada zina betul sepertimana yg kamu faham, ada zina tangan iaitu berpegang-pegangan, ada zina mata iaitu melihat kekasih dgn perasaan syahwat, dan ada juga zina hati iaitu dgn khayalan syahwat terhadap kekasih Hal ini samalah sepertimana yg digambarkan oleh Rasulullah SAW (yg bermaksud):Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua kaki juga berzina dan zinanya menuju ke tempat pertemuan. Mulut juga berzina dan zinanya adalah ciuman Duduk berdiskusi pelajaran tak boleh ke? Bincang pelajaran sahaja!%u201D (bagi kes belajar berdua-duaan SAHAJA) Berdiskusi pelajaran? Betul ke? Jgn tipulah. Allah tahu apa yg terselit di hati hamba2-Nya. Kita belajar nak keberkatan. Kalau cemerlang sekalipun, kalau tidak diberkati Allah, kejayaan tak kan bawa kebahagiaan. 

No comments:

Post a Comment